Wednesday, April 29, 2009

Sebuah Revolusi : Kearah Teknologi Teknikal Glokal

Salam keudara, alhamdulilah. Untuk kali yang keseterusnya Sqwad berjaya sekali lagi membuka satu lagi Journal Cube yang berniche kan kepada bidang teknikal pula. Sqwad sangat bersemangat kali ini untuk berkongsi dengan sesiapa dalam bidang yang Sqwad pelajari sekarang.

Untuk pengetahuan, Sqwad sedang menuntut di salah sebuah Institut Teknikal di Utara Malaysia iaitu Japan Malaysia Technical Malaysia dimana merupakan institut tunggal yang berada dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia. Sqwad sangat bersyukur dengan apa yang diperolehi disini dan sangat berpuas hati dengan silibus dalam pembelajaran. Sememangnya Sqwad sudahpun berada di track yang betul untuk menjadi seorang pegawai security didalam pertahanan kelak nanti. Insyallah.

Glokal adalah gabungan dua perkataan iaitu global dan lokal (tempatan). Global melibatkan antarabangsa dan seluruh dunia, sementara lokal bermaksud tempatan, nasional dan dalam negara kita. Istilah, ciri-ciri dan semangat glokal ini telah diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia(ketika itu) semasa Majlis Konvensyen Melayu Glokal pada 18 Februari 2006 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Konsep glokal ini tidak salah jika dipinjam untuk diguna pakai dalam memperkatakan tentang pengurusan sumber manusia sektor awam Malaysia masa kini. Secara umumnya ia lebih mengajak kita berhijrah daripada cara pengurusan sumber manusia sedia ada kepada satu cara pengurusan sumber manusia yang mana sumber manusia atau modal insan dalam perkhidmatan awam kita dapat dibina agar bersedia menghadapi dan menangani tuntutan dan cabaran global serta lokal.


Bagi mereka yang “terlebih cerdik” pula sudah tentu akan menyatakan ia sebagai satu istilah yang bersifat politik yang sengaja direka-reka dan sewenang-wenangnya mempergunakan bahasa. Banyak pengkritik terutamanya pembangkang yang membuat dakwaan yang melulu dan mengemukakan tohmahan yang bukan-bukan tentang maksud sebenar perkataan tersebut.


Malah mengikut seorang sarjana barat, glokalisasi amat berhubungkait dengan Jepun. Menurut beliau, “The word glocalization which is usually rendered in Japanese…glocalization means the simultaneity-the co-presence-of both universalizing and particularing tendencied” [Dinamika Bangsa Melayu Menongkah Arus Globalisasi (2004), hal. 132].


Dalam mengejar permodenan Negara, masyarakat sememangnya harus diterapkan dengan modal insan yang cemerlang bagi menjana produk Negara yang insaniah yang boleh membawa kepada memperkenalkan teknologi sendiri kepada dunia.


Namun bagi Sqwad, konsep glokal perlulah dilihat daripada aspek yang lebih terbuka. Ini kerana masyarakat masih melihat konsep yang cuba dibawa itu hanya melibatkan pengkomersialan produk keluaran tempatan kepasaran dunia sahaja. Sedangkan konsep Glokal yang sebenar adalah lebih luas dan terbuka.

Konsep ini mempunyai dua unsur utama iaitu global dan juga lokal. Global ialah satu bentuk proses pengantarabangsaan atau membawa sesuatu unsur kepada dunia luar atau pengambilan sesuatu unsur atau perkara dari dunia luar tanpa dipersempadani sebarang batasan dan halangan. Manakala lokal adalah tempat kita biasa padanya atau dalam negara sahaja. Dalam erti kata lain, bermaksud setempat.


Oleh itu hasil daripada dua unsur tersebut iaitu global dan lokal, maka ia akan menjana kepada terbentuknya 3 elemen utama bagi menghasilkan satu proses glokalisasi yang lengkap. ELEMEN PERTAMA ialah mengambil unsur-unsur global menjadi lokal dan pada masa yang sama menjadikan unsur-unsur lokal menjadi unsur-unsur global. Pentafsiran ini mungkin dilihat lebih seimbang dan tersusun. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, glokal membenarkan sesuatu unsur daripada dunia luar itu digunapakai bagi meningkatkan daya kualiti pada unsur yang ada pada negara sendiri. Oleh itu, akan terbentuklah nilai tambah yang sempurna pada lokal itu.


ELEMEN KEDUA ialah usaha menjadikan unsur-unsur lokal menjadi global. Oleh itu misalan paling mudah kini bagi menggambarkan elemen ini ialah unsur lokal bolehlah dianggap sebagai produk tempatan dapat dijadi unsur-unsur bagi global ataupun dapat menembusi pasaran dunia luar dan diterima masyarakat secara globalnya. Ini mungkin lebih sesuai kini disebut proses pengantarabangsaan.


Maka apabila wujudnya unsur lokal dan global tersebut, maka akan berlakulah keseimbangan atau keseiringan dalam mencapai proses glokalosasi itu. Ini bermakna, kedua-dua unsur iaitu lokal dan global mempunyai keseimbangan yang sama tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Dengan kata lain, ELEMEN KETIGA ialah proses mendapatkan keseimbangan dan keseiringan antara lokal dan global itu. Apabila ketiga-tiga elemen ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna tanpa meningkalkan salah satu daripadanya maka proses glokalisasi akan sempurna, lengkap dan seimbang.


Jelas, apa yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan ‘Melayu Glokal’ ialah menjadikan masyarakat yang bersikap global tetapi bertunjangkan budaya Melayu dan Islam dalam menghadapai cabaran globalisiasi dan liberalisasi. Bermaksud, kita menerima unsur global tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan unsur lokal yang telah lama wujud pada diri kita. Ini kerana kegagalan untuk kita mendapatkan ilmu hasil suasana global boleh membawa kita kepada zaman kegelapan dan kejumudan. Misalan ini adalah jelas seperti elemen pertama yang dijelaskan sebelum ini.


Selain itu, di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Kita hendaklah cuba untuk membawa bangsa dan negara ini seiring dengan bangsa dan negara dunia luar. Kita tidak boleh hanya bergantung pada unsur lokal sahaja sedangkan masyarakat dunia lain semakin maju mengejar kejayaan. Globalisasi memaksa kita untuk bersaing dengan negara lain dan membolehkan perhubungan tanpa sempadan.


Maka jika berjaya membawa produk kita ke arena antarabangsa, sudah tentu ia akan membawa kepada banyak manfaat bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga sekali gus dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Maka misalan ini jelas menggambarkan elemen kedua daripada proses glokalisasi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, adalah sesuatu yang amat mengecewakan jika unsur lokal dan global ini tidak diseimbangkan. Bukan sahaja proses glokalisasi akan tidak berjaya tetapi berkemungkinan ia boleh membawa kepada permasalahan serta kesan yang lebih memudaratkan kepada masyarakat. Maka kerana itulah pentingnya elemen ketiga iaitu keseimbangan global dan lokal.


Jika kita terlebih ‘lokal’ sudah tentu negara akan mundur dan tidak ke hadapan. Manakala jika terlalu mementingkan global, sudah tentu unsur lokal akan terhakis daripada jiwa bangsa kita. Mungkin ada benarnya kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa “Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke serata dunia”. Ini menunjukkan betapa keseimbangan antara lokal dan global itu penting bagi menjana proses glokalisasi yang berkesan.


Fuh, memang sejak dulu lagi Sqwad mempunyai azam untuk mengutarakan apa yang bergerak didalam kotak fikiran. Para professional perlu mempunyai nilai yang seimbang bagi sifat global dan lokal. Ini kerana, apabila seimbang barulah keaslian sesuatu kualiti dapat disadurkan dengan pengetahuan.