Post ini bukan ditulis disaat ia di publish. Post ini ditulis pada :
2:36AM
11 Julai 2009
Fuh, akhirnya tamat sudah Minggu Suai Kenal bagi pelajar baru bagi intake 02/2009. MSK ini yang berlangsung selama lebih kurang 5 hari. Banyak pengalaman yang tidak dapat Sqwad titipkan disini. Minggu suai kenal ini disertai oleh seramai 263 pelajar terdiri daripada jurusan Mekatronik, Komputer, Elektronik dan Pembuatan ini mengandungi pelajar yang mendaftar untuk program Diploma dan Advance Diploma. Sebenarnya Sqwad baru sahaja pulang dari malam Penutupan dan malam persembahan untuk pelajar baru. Sqwad sebenarnya masih lagi terkejut apabila Penghulu Kamal menghulurkan agihan hamper kepada Sqwad. Hehe, dalam hati berkata “Ingat jugak dorang kat aku”. Cukup terharu. Terasa diri ini sangat dihargai. Inilah kali pertama Sqwad memegang sebuah kumpulan pelajar baru untuk MSK sebagai fasilitator dan sememangnya Sqwad rasa diri Sqwad berjaya kali ini. Banyak pengajaran dan pengalaman yang Sqwad dapat.
Malam ini Sqwad dapat rasakan Sqwad seorang yang hebat. Tidak lagi seperti Sqwad yang 4 tahun yang lepas. Seorang pelajar biasa yang lemah. Tidak aktif dalam apa-apa sukan dan tidak banyak kebolehan diri. Sebenarnya, Sqwad sudah biasa dengan banyak program sebelum ini. Tapi, hanya sebagai seorang urusetia. Tak lebih dari tu. Hehe, Sqwad masih ingat lagi apabila seorang pelajar advance memanggilku sebagai abang. Abang? Erk, Nampak mature sangat ke aku ni? Takkan lah. Namun, segera Sqwad betulkan, “Eh, taklah...aku baru masuk tahun 2 lah, baru diploma ler..,” balasku sambil tersenyum. Oh ya, sebenarnya, Sqwad mempunyai seorang sepupu yang baru sahaja mendaftar pada semester ini. Dia mengambil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Dahulu dia juga merupakan juniorku di SM Teknik Besut. Bersama-sama dia, 3 orang lagi yang juniorku dari Teknik dulu.
Pada hari pertama, tak banyak dapat Sqwad tuliskan disini. Tidak banyak perkara yang menarik perhatian Sqwad pada hari tersebut. Kecuali, Sqwad menerima kumpulan pelajarku sebagai fasilitator. Kumpulan 16, atau dikenali sebagai kumpulan Left Adnan. Memang sengaja Sqwad memilih kumpulan nombor ini kerana nombor 16 merupakan nombor tarikh lahir Sqwad.Hehe..
Hari yang berikutnya 7 Julai, Pada slot taklimat yang pertama selepas perasmian minggu suai kenal, Sqwad ditugaskan sebagai pengerusi majlis dan sememangnya Sqwad berjaya mengerusikan majlis pada 2 slot pada pagi itu. Gaya penyampaian ku yang santai dan relaks membuatkan Sqwad yang terkenang kira-kira 2 tahun yang lalu, iaitu ketika Sqwad masih lagi berada di Tingkatan 5. Sewaktu itu, Sqwad kali pertama mempengerusikan majlis perhimpunan pagi mingguan disekolahku. Ketika itu Sqwad masih lagi kaku tapi Sqwad sememamgnya amat meminati untuk belajar leadership skill untuk memantapkan kepimpinan diriku. Inilah kali pertama Sqwad mempengerusikan majlis sejak Sqwad berada di Sekolah Jepun ini. Pada petang itu, Sqwad menjadi instructor untuk PT. Memang seronok. Sqwad mempraktikkan apa yang Sqwad belajar di program rakan muda. Oh ya, Sebenarnya Sqwad amat kagum dengan kawan-kawan ku yang 5 orang lagi yang terpilih untuk menjadi fasi kali ini. Mereka dapat memerah otak dan mempraktikkan dengan beberapa program KBS yang mereka pergi. Apalah berbanding Sqwad, walaupun sudah lama dan banyak program yang Sqwad pergi, tak banyak dapat Sqwad sumbangkan idea untuk aktiviti. Sqwad salute dan amat respect kepada mereka. Tahniah untuk korang!
Pada hari yang keempat, Semua bertolak ke Cerok To’Kun di Bukit Mertajam. Untuk kali ini, Sqwad bersama Meor, Naimi dan Iqbal untuk menjaga Checkpoint Wataniah. Walaupun Sqwad hanyalah junior wataniah, namun Sqwad amat berasa diberi penghargaan yang tinggi untuk menyertai dorang. Oh ya, pada hari itu, Sqwad dapat nick name baru, diorang panggil Sqwad “Capt”. Hehe..kata Meor, Katanya tu nama yang Sqwad tulis di YM dan Friendster. CAPT. IR. EPI. Balik dari Bukit Mertajam, Sqwad terus melelapkan mata. Walaupun Sqwad bukan peserta, memang agak penat. Memang cepat jer la pejam mata tu…tambahan pula, Sqwad langsung tidak tidur pada hari sebelumnya.
Selepas Solat Jumaat, pada petang tu, Sqwad memantau pergerakan ahli kumpulanku yang berbincang dan berlatih untuk persembahan pada malam itu. Tidak banyak perkara yang menarik pada petang itu. Pada malamnya, makan beradab sempena majlis penutup, Sqwad sempat berkenalan dengan 2 orang kakak askar, iaitu Eiji dan Piah. Sqwad tak tahu nama sebenar mereka kecuali kak Piah; Safiah. Itu pun Sqwad tahu setelah terpandang namepatch di Baju loreng dia yang diberi pinjam untuk budak buat persembahan. Kedua-dua mereka merupakan senior Sqwad, berada di tahun ketiga, Semester 5.
Pengalaman pertama ku ini akan Sqwad kenang sampai bila-bila. Memang agak bengang apabila MPP melepaskan kesemua aktiviti untuk PT petang kepada kami. Dahla tanpa peralatan langsung. So, terpaksalah guna perlatan sendiri untuk music senamrobik. Mula-mula kata sekali jer, hari seterusnya macam tu lah jugak. Sampai 3 hari. Lepas tu siap lapor kat Pengurusi jawatankuasa yang kami tak buat kerja.How it can be??Entahlah En. M, nanti perkara ini akan Sqwad bentangkan dalam post mortem nanti. Engkau tunggu yer. Apa-apa hal pun. Kita memang tak dapat nak puaskan hati semua pihak. So, Sqwad enjoy je dengan apa yang Sqwad buat.
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
