Monday, November 2, 2009

Siapakah aku?

Siapakah aku? Persoalan yang terlalu berat untuk aku jawab.
Walaupun aku ada jawapannya untuk untuk dilemparkan melalui kata-kata, Tapi aku sendiri tidak faham bahawa siapa aku yang sebenarnya.

Pada 20 tahun yang lepas, aku dilahirkan sebagai seorang anak lelaki. Aku sebagai anugerah tuhan untuk kedua ibubapaku.

Tapi sehingga hari ini aku masih keliru siapakah aku yang sebenarnya. Siapakah aku? Entah. Sampai bila aku mencari siapakah aku.

Aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk itu.

Jika dikaji dari salasilah siapa aku, masih juga tiada jawapan yang tepat untuk itu.

Bagaimana pula dengan pandangan orang lain terhadap aku? Antaranya daripada makhluk yang bernama kawan? Kawan? kawan hanyalah singgahsana sementara dalam hidup. Setiap tika kekesongan untuk kawan akan bertukar setiap masa. Semalam orang lain, besok akan ada orang lain.

Hanya kawan yang betul-betul kawan akan mempertahankan ruangan dan haknya sebagai seoarang teman.

Jika dulu aku pentingkan kawan
Sekarang aku lebih pentingkan diri ini.
Kenapa? kenapa aku bersikap sedemikian?
Anda pasti faham jika aku kata "kita akan membuat keputusan berdasarkan masa silam kita"

Mengapa?tanya kawanku disekolah kira-kira 3 tahun lepas.
Kerana aku hanya pandang ke hadapan.
No more turning back.

Walaupun aku sering kecundang dan jatuh rebah.

Sebenarnya aku tak suka ayat klise seperti "aku hanyalah insan yang lemah". Kalau orang timur kata "Nye-kick" ulu hati.

Tak. Itu bukan aku. Aku tak sebegitu. Aku adalah seorang yang hebat dan tabah. Aku suka mengisi moral yang positif untuk membina.

Cuma aku masih lagi tercari-cari dimanakah kehebatan ku. Aku akan terus mencari dan mencari. Sampai aku tiba di perhentianku. Destinasi dan takdir aku.

Salam semua. Diatas adalah pandangan diriku sebagai seorang yang ego. Ya, kata hati dari isi yang penuh dengan keangkuhan. Jangan salah sangka. Aku bukanlah sebegitu. Aku hanyalah makhluk ciptaan seperti anda juga. Sering melakukan khilaf dan silap. Kata-kata diatas sengaja diisi dengan ayat yang provokasi. Melaga-lagakan perasaan supaya anda akan berkata "ceh, action giler mamat nih...".

Hehe..terserah bagaimana penilaian anda terhadap saya.

Sebab aku adalah aku. Bukan orang lain.
Suka hati aku lah. Persetankan semua orang.

p/s : Jika anda salah seorang yang berma kawan. Jangan cuak dan jangan salah sangka.
Kalian telah banyak mengajar pengajaran kepada aku. Kalian semua adalah guru kepada aku.
Aku amat menghargainya.

Peringatan : Ini hanyalah mainan tulisan dikala waktu lapang.

Aku teringat ayat kawanku semasa di PLKN Negeri Sembilan dulu.
Kalau aku ceritakan ini padanya, pasti dia kan jawab,
"Ah, pergi mampos lah engkau. Aku peduli apa siapa engkau!"

Hehe..


Friday, August 7, 2009

Guru Disiplinku..

Salam Sejahtera, Pada pagi ini, Sqwad membaca dan melemparkan komentar kepada blog Cikgu disiplin di sekolah ku dahulu, Cikgu Affandi. Aku masih ingat lagi raut wajahnya. Wajahnya saling tak tumpah dan mempunyai raut seperti arwah datukku, Hj Salleh Mat Hassan. Beliau adalah Cikgu disiplin yang paling berjaya yang pernah aku temui. Beliau adalah seorang yang tegas dan begitu amanah serta bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas nya. Tak hairanlah jika ramai dikalangan pengajar sendiri yang menggelarkan beliau sebagai panglima perang. Namun, disebalik ketegasannya, beliau adalah seorang yang humor dan penyayang. Kali terakhir Sqwad bertemu dengan beliau adalah kira-kira setahun yang lepas, iaitu sewaktu Sqwad datang untuk melawat sekolah.

Cikgu, coretan dibawah ini saya tintakan sejak tahun 2007 lagi. Pada waktu itu saya berada ditingkatan 5. Ianya merupakan monolog ku sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah.


**********************

Uniform biru


Aku seorang pelajar. Aku memegang amanah. Amanah yang diberikan oleh mama dan papa ku, supaya ke sekolah untuk menjadi orang yang bertaqwa. Aku juga memegang amanah supaya menjadi mata dan telinga guru disekolah. Berbeza dengan rakan-rakan lain, aku dengan uniform biruku setiap hari untuk melakukan tugas bagi memastikan rutin pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Setiap minggu, ada sajalah tugasan-tugasan luar bilik darjah yang perlu aku laksanakan. Mungkin pada minggu ini aku akan kelihatan berada di tempat parking, pintu pagar atau di kantin. Dengan sebagai ranger bagi melicinkan pentadbiran di tempat menuntut ilmu yang mulia ini, SMT Besut. Aku mungkin dikenali sebagai ‘orang yang sibuk’ dikalangan guru-guru, atau rakan-rakanku. Aku tidak pernah bangga atau terasa dengan panggilan sedemikian, namun jauh disudut hatiku, aku juga ingin menjadi seperti pelajar yang lain, tidak perlu memikirkan tentang amanah yang diwatikahkan seperti aku ini. Kadangkala, aku berasa ingin lari daripada urusan-urusan yang langsung tiada kaitan dari pelajaran seperti ini. Aku juga ingin lari daripada semua perkara-perkara yang langsung tiada kaitan untuk masa depanku ini. Namun, aku bukanlah seorang yang suka lari daripada masalah, bukan seorang yang pengecut atau bacul untuk berhadapan dengan perkara sebegini. Ya Allah, tabahkanlah hati dan kuatkanlah mentalku bagi menghadapi hari-hariku dengan tiada halangan dan ringankanlah ujianMu terhadapku, Ya Allah. Mungkin aku kelihatan bersahaja dengan semua urusan-urusan yang diamanahkan kepadaku ini. Di asrama mahupun di sekolah, aku tetap dengan jawatan yang dipegang sejak awal tahun lagi. Aku juga manusia biasa, juga mempunyai masalah dan kadangkala, melakukan kesilapan. Aku mengaku khilafku.


Pagi ini, aku tidak bersarapan pagi kerana aku agak lewat untuk bangkit dari tidur. Keadaan hujan yang boleh tahan juga lebatnya, aku cuba untuk ke tempat tugasanku, iaitu ke pintu pagar sekolah. Namun, hujan bertambah lebat. Dengan sepenuh kudrat yang ada aku berkejar ke arah tempat aku bertugas pada minggu ini. Pakaian ku habis kuyup, mungkin buku-buku yang digalas ini juga basah. Sampai di sana aku cuba untuk memastikan rakan-rakan setugasku telah berada disana. Tidak seorang pun yang kelihatan yang beruniform sepertiku. Nampaknya semua rakan sekerjaku tidak dapat hadir Yang ada hanyalah pelajar-pelajar yang berteduh di Dataran Minda Pelajar dan guru yang sering memantau kerjaku, iaitu guru disiplin sekolahku. Aku memberitahunya bahawa keadaan tidak mengizinkan, tetapi aku diherdik dan dihina oleh guru itu kerana lambat untuk ke tempat bertugas seperti yang dijadualkan. Guru, tidak pernahkah engkau memahami perasan pelajar yang memakai uniform sepertiku ini. Ini bukanlah pertama kali engkau bersikap sedemikian. Hari ini aku belajar dengan perasaan yang bercampur baur. Aku tidak dapat menumpukan sepenuhnya pelajaranku pada hari ini. Beginilah keadaan ku setiap kali jika ada perkara yang tidak kena dengan anginku. Aku perlu hadapi semua ini. Aku tidak boleh kalah dengan semangatku. Semangat kepahlawanan datuk moyangku yang mengalir patut tidak pernah gentar dengan cabaran kecil sebegini. Aku tidak boleh kecundang kerana uniform biru ini. Ini bukanlah sebab untuk kemalapan masa depanku. Aku harus ingat kepada tuhan dan ibu bapaku, tentang janji yang perlu aku tunaikan. Aku harus menjadi orang yang berwawasan. Aku bukan pengalah. Aku perlu menjadi yang terbaik. Bukan sahaja terbaik dalam keluargaku, malahan terbaik dikalangan rakan-rakan ku. Tuhan, bantulah aku dalam menghadapi hidup yang penuh dengan obstikal seperti ini, Amin.


Kadang-kadang tidak semua orang akan memahami apa yang kita niatkan. Itulah lumrah kehidupan.

**********************

Jikalau Cikgu membaca post ini. Saya ingin memohon maaf kepadamu wahai guruku. Walaupun engkau tidak pernah mengajarku, namun aku sentiasa mengenangmu kerana engkau adalah salah seorang yang berjaya membentuk aku ketahap yang lebih baik. Aku sangat berbangga denganmu. Jauh sekali untuk menyimpan dendam kepadamu. Sejak kita berkenalan pada tahun 2006. Aku sudah tahu bahawa engkau adalah seorang yang berwawasan. Aku tahu engkau mahukan yang terbaik untuk ku dan rakan-rakanku yang lain. Engkau tabah melayan kerenah kami semua dengan baik. Tabah dalam mendidik kami supaya lebih matang. Aku sangat kagum denganmu. Namun, sejak daripada kejadian pada hari itu, aku berkecil hati dengan mu wahai guru. Dan akhirnya sebelum aku meninggalkan sekolah, aku mengerti bahawa aku tidak layak untuk menghukum mu. Aku sendiri tidak faham kenapa harus aku berperasaan sedemikian. Akhirnya, sebelum peperiksaan SPM bermula, aku berpeluang memelukmu sewaktu di Majlis Restu Ilmu. Aku berpeluang untuk meminta maaf denganmu wahai guru. Bukan kepalangnya gembira aku pada waktu itu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa gembiranya aku pada hari tersebut.


Guruku, sekali lagi, aku ingin memohon maaf kepadamu. Halalkan ilmu dan maafkan lah dosaku terhadapmu, cikgu. Semoga kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti, insyallah. Doakan lah kejayaanku, wahai guruku yang tersayang. Teruskanlah perjuanganmu untuk membentuk anak bangsa.

Tuesday, August 4, 2009

Design Kad Tayangan Anak Merdeka

Salam Sqwad. Yeah!akhirnya Sqwad telah pun menyiapkan kerja charity sikit untuk sekolah yang tercinta ini. Design pamplete yang tak berapa commercial ni mengambil masa kira-kira hampir 3 jam setelah pelbagai penambah-buang baikan dilakukan. Hehe..

Cover Depan dan Belakang

Content Dalam

Sekali pandang, “even simple, cantik jugak aku design eh..jadi kad nanti cun jugak..hehe..”. Sebenarnya, Sqwad langsung tiada kaitan dengan kerja-kerja mendesign untuk fnction kemerdekaan sekolah ini. Tiada dalam list pun. Tapi disebab kan diatas permintaan seorang senior yang baik dengan Sqwad, Sqwad jadi ringan tangan menolong dan sememangnya Sqwad amat rajin berjuang dan aktivis dalam tolong menolong mendesign. Sqwad semememangnya senang hati apabila orang meminta tolong secara damai dan baik. Yelah, nak tolong pun rasa seronok saja. Oh ya, Sqwad hanya terlibat untuk perbarisan pada function kali ini. Insyallah, Sqwad akan update berita-berita dan gambar-gambar yang terkini kelak.

Saturday, August 1, 2009

Influenza Type A : High1Nice1

Salam Permata Hati,

Sejak akhir-akhir ini Sqwad agak sibuk dengan pelbagai projek dan kerja.Bulan pertama semester baru ini tidak banyak perkara yang menarik, tambahan pula banyak kelas tidak ada kerana ramai lecturer yang tiada disebab berkursus. Hurm, memang lumrah dah macam tu..setiap awal semester je mesti ada-ada je lecturer yang takde, pergi kursus la, seminar la..bla2.

Berita yang tidak beberapa bagus, Sqwad demam+selesema+batuk. Kali terakhir Sqwad rasa demam yang sama macam ni ialah pada setahun yang lepas, iaitu pada mula-muala daftar masuk kat institut ni. Seminggu jugak lah demam teruk macam ni. Sampaikan roommate Sqwad(masa itu) mintak tukar bilik dengan warden dengan alasan kesian dengan Sqwad yang batuk je berpanjangan kerana bimbang sebab belakang block yang kami diami tu ada kilang yang 24 jam keluar asap. Huhu, best ada kawan yang ambil berat kan?:p Bezanya, demam kali ni lain cerita pula, tambah-tambah lagi keadaan sekarang yang bimbang dengan wabag Influenza A H1N1 aka Swine flu. Memang bimbang sangat-sangat la, tambah-tambah lagi UiTM dan Politeknik dekat sini telah pun diarahkan tutup untuk dikuarantin. Yang lebih membimbang kan, kadar bilangan pelatih yang demam pula adalah ramai dan meningkat secara mendadak dan disyaki terkena jangkitan virus ini. Sqwad adalah salah satu antara daripada mereka. Pihak kesihatan telah pun menjalankan kuarantin terhadap mereka-mereka ni. Alhamdulilah, Sqwad bukan lah antara orang yang disyaki terkena jangkitan, walaupun pada awalnya Sqwad termasuk bersama golongan yang terbabit. Akhirnya Sqwad mendapat pengecualian setelah berjaya membuktikan meyakinkan warden dan pihak kesihatan bahawa Sqwad hanya demam biasa sahaja. :p

Sehingga post ni ditulis, demam Sqwad telahpun kebah kecuali batuk-batuk sedikit. Doktor cakap, mungkin disebabkan keadaan cuaca dan suhu yang tidak menentu sekarang. Insyallah, Sqwad boleh menyertai latihan kawad pada isnin ini untuk perbarisan kemerdekaan pada minggu hadapan.

PS: Bila lah institut ni nak cuti yer..:p..Bukan apa..risau Nih!

Tuesday, July 14, 2009

Pengalaman Pertama Minggu Suai Kenal

Post ini bukan ditulis disaat ia di publish. Post ini ditulis pada :

2:36AM
11 Julai 2009

Fuh, akhirnya tamat sudah Minggu Suai Kenal bagi pelajar baru bagi intake 02/2009. MSK ini yang berlangsung selama lebih kurang 5 hari. Banyak pengalaman yang tidak dapat Sqwad titipkan disini. Minggu suai kenal ini disertai oleh seramai 263 pelajar terdiri daripada jurusan Mekatronik, Komputer, Elektronik dan Pembuatan ini mengandungi pelajar yang mendaftar untuk program Diploma dan Advance Diploma. Sebenarnya Sqwad baru sahaja pulang dari malam Penutupan dan malam persembahan untuk pelajar baru. Sqwad sebenarnya masih lagi terkejut apabila Penghulu Kamal menghulurkan agihan hamper kepada Sqwad. Hehe, dalam hati berkata “Ingat jugak dorang kat aku”. Cukup terharu. Terasa diri ini sangat dihargai. Inilah kali pertama Sqwad memegang sebuah kumpulan pelajar baru untuk MSK sebagai fasilitator dan sememangnya Sqwad rasa diri Sqwad berjaya kali ini. Banyak pengajaran dan pengalaman yang Sqwad dapat.

Malam ini Sqwad dapat rasakan Sqwad seorang yang hebat. Tidak lagi seperti Sqwad yang 4 tahun yang lepas. Seorang pelajar biasa yang lemah. Tidak aktif dalam apa-apa sukan dan tidak banyak kebolehan diri. Sebenarnya, Sqwad sudah biasa dengan banyak program sebelum ini. Tapi, hanya sebagai seorang urusetia. Tak lebih dari tu. Hehe, Sqwad masih ingat lagi apabila seorang pelajar advance memanggilku sebagai abang. Abang? Erk, Nampak mature sangat ke aku ni? Takkan lah. Namun, segera Sqwad betulkan, “Eh, taklah...aku baru masuk tahun 2 lah, baru diploma ler..,” balasku sambil tersenyum. Oh ya, sebenarnya, Sqwad mempunyai seorang sepupu yang baru sahaja mendaftar pada semester ini. Dia mengambil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Dahulu dia juga merupakan juniorku di SM Teknik Besut. Bersama-sama dia, 3 orang lagi yang juniorku dari Teknik dulu.

Pada hari pertama, tak banyak dapat Sqwad tuliskan disini. Tidak banyak perkara yang menarik perhatian Sqwad pada hari tersebut. Kecuali, Sqwad menerima kumpulan pelajarku sebagai fasilitator. Kumpulan 16, atau dikenali sebagai kumpulan Left Adnan. Memang sengaja Sqwad memilih kumpulan nombor ini kerana nombor 16 merupakan nombor tarikh lahir Sqwad.Hehe..

Hari yang berikutnya 7 Julai, Pada slot taklimat yang pertama selepas perasmian minggu suai kenal, Sqwad ditugaskan sebagai pengerusi majlis dan sememangnya Sqwad berjaya mengerusikan majlis pada 2 slot pada pagi itu. Gaya penyampaian ku yang santai dan relaks membuatkan Sqwad yang terkenang kira-kira 2 tahun yang lalu, iaitu ketika Sqwad masih lagi berada di Tingkatan 5. Sewaktu itu, Sqwad kali pertama mempengerusikan majlis perhimpunan pagi mingguan disekolahku. Ketika itu Sqwad masih lagi kaku tapi Sqwad sememamgnya amat meminati untuk belajar leadership skill untuk memantapkan kepimpinan diriku. Inilah kali pertama Sqwad mempengerusikan majlis sejak Sqwad berada di Sekolah Jepun ini. Pada petang itu, Sqwad menjadi instructor untuk PT. Memang seronok. Sqwad mempraktikkan apa yang Sqwad belajar di program rakan muda. Oh ya, Sebenarnya Sqwad amat kagum dengan kawan-kawan ku yang 5 orang lagi yang terpilih untuk menjadi fasi kali ini. Mereka dapat memerah otak dan mempraktikkan dengan beberapa program KBS yang mereka pergi. Apalah berbanding Sqwad, walaupun sudah lama dan banyak program yang Sqwad pergi, tak banyak dapat Sqwad sumbangkan idea untuk aktiviti. Sqwad salute dan amat respect kepada mereka. Tahniah untuk korang!

Pada hari yang keempat, Semua bertolak ke Cerok To’Kun di Bukit Mertajam. Untuk kali ini, Sqwad bersama Meor, Naimi dan Iqbal untuk menjaga Checkpoint Wataniah. Walaupun Sqwad hanyalah junior wataniah, namun Sqwad amat berasa diberi penghargaan yang tinggi untuk menyertai dorang. Oh ya, pada hari itu, Sqwad dapat nick name baru, diorang panggil Sqwad “Capt”. Hehe..kata Meor, Katanya tu nama yang Sqwad tulis di YM dan Friendster. CAPT. IR. EPI. Balik dari Bukit Mertajam, Sqwad terus melelapkan mata. Walaupun Sqwad bukan peserta, memang agak penat. Memang cepat jer la pejam mata tu…tambahan pula, Sqwad langsung tidak tidur pada hari sebelumnya.

Selepas Solat Jumaat, pada petang tu, Sqwad memantau pergerakan ahli kumpulanku yang berbincang dan berlatih untuk persembahan pada malam itu. Tidak banyak perkara yang menarik pada petang itu. Pada malamnya, makan beradab sempena majlis penutup, Sqwad sempat berkenalan dengan 2 orang kakak askar, iaitu Eiji dan Piah. Sqwad tak tahu nama sebenar mereka kecuali kak Piah; Safiah. Itu pun Sqwad tahu setelah terpandang namepatch di Baju loreng dia yang diberi pinjam untuk budak buat persembahan. Kedua-dua mereka merupakan senior Sqwad, berada di tahun ketiga, Semester 5.

Pengalaman pertama ku ini akan Sqwad kenang sampai bila-bila. Memang agak bengang apabila MPP melepaskan kesemua aktiviti untuk PT petang kepada kami. Dahla tanpa peralatan langsung. So, terpaksalah guna perlatan sendiri untuk music senamrobik. Mula-mula kata sekali jer, hari seterusnya macam tu lah jugak. Sampai 3 hari. Lepas tu siap lapor kat Pengurusi jawatankuasa yang kami tak buat kerja.How it can be??Entahlah En. M, nanti perkara ini akan Sqwad bentangkan dalam post mortem nanti. Engkau tunggu yer. Apa-apa hal pun. Kita memang tak dapat nak puaskan hati semua pihak. So, Sqwad enjoy je dengan apa yang Sqwad buat.

Wednesday, April 29, 2009

Sebuah Revolusi : Kearah Teknologi Teknikal Glokal

Salam keudara, alhamdulilah. Untuk kali yang keseterusnya Sqwad berjaya sekali lagi membuka satu lagi Journal Cube yang berniche kan kepada bidang teknikal pula. Sqwad sangat bersemangat kali ini untuk berkongsi dengan sesiapa dalam bidang yang Sqwad pelajari sekarang.

Untuk pengetahuan, Sqwad sedang menuntut di salah sebuah Institut Teknikal di Utara Malaysia iaitu Japan Malaysia Technical Malaysia dimana merupakan institut tunggal yang berada dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia. Sqwad sangat bersyukur dengan apa yang diperolehi disini dan sangat berpuas hati dengan silibus dalam pembelajaran. Sememangnya Sqwad sudahpun berada di track yang betul untuk menjadi seorang pegawai security didalam pertahanan kelak nanti. Insyallah.

Glokal adalah gabungan dua perkataan iaitu global dan lokal (tempatan). Global melibatkan antarabangsa dan seluruh dunia, sementara lokal bermaksud tempatan, nasional dan dalam negara kita. Istilah, ciri-ciri dan semangat glokal ini telah diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia(ketika itu) semasa Majlis Konvensyen Melayu Glokal pada 18 Februari 2006 di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Konsep glokal ini tidak salah jika dipinjam untuk diguna pakai dalam memperkatakan tentang pengurusan sumber manusia sektor awam Malaysia masa kini. Secara umumnya ia lebih mengajak kita berhijrah daripada cara pengurusan sumber manusia sedia ada kepada satu cara pengurusan sumber manusia yang mana sumber manusia atau modal insan dalam perkhidmatan awam kita dapat dibina agar bersedia menghadapi dan menangani tuntutan dan cabaran global serta lokal.


Bagi mereka yang “terlebih cerdik” pula sudah tentu akan menyatakan ia sebagai satu istilah yang bersifat politik yang sengaja direka-reka dan sewenang-wenangnya mempergunakan bahasa. Banyak pengkritik terutamanya pembangkang yang membuat dakwaan yang melulu dan mengemukakan tohmahan yang bukan-bukan tentang maksud sebenar perkataan tersebut.


Malah mengikut seorang sarjana barat, glokalisasi amat berhubungkait dengan Jepun. Menurut beliau, “The word glocalization which is usually rendered in Japanese…glocalization means the simultaneity-the co-presence-of both universalizing and particularing tendencied” [Dinamika Bangsa Melayu Menongkah Arus Globalisasi (2004), hal. 132].


Dalam mengejar permodenan Negara, masyarakat sememangnya harus diterapkan dengan modal insan yang cemerlang bagi menjana produk Negara yang insaniah yang boleh membawa kepada memperkenalkan teknologi sendiri kepada dunia.


Namun bagi Sqwad, konsep glokal perlulah dilihat daripada aspek yang lebih terbuka. Ini kerana masyarakat masih melihat konsep yang cuba dibawa itu hanya melibatkan pengkomersialan produk keluaran tempatan kepasaran dunia sahaja. Sedangkan konsep Glokal yang sebenar adalah lebih luas dan terbuka.

Konsep ini mempunyai dua unsur utama iaitu global dan juga lokal. Global ialah satu bentuk proses pengantarabangsaan atau membawa sesuatu unsur kepada dunia luar atau pengambilan sesuatu unsur atau perkara dari dunia luar tanpa dipersempadani sebarang batasan dan halangan. Manakala lokal adalah tempat kita biasa padanya atau dalam negara sahaja. Dalam erti kata lain, bermaksud setempat.


Oleh itu hasil daripada dua unsur tersebut iaitu global dan lokal, maka ia akan menjana kepada terbentuknya 3 elemen utama bagi menghasilkan satu proses glokalisasi yang lengkap. ELEMEN PERTAMA ialah mengambil unsur-unsur global menjadi lokal dan pada masa yang sama menjadikan unsur-unsur lokal menjadi unsur-unsur global. Pentafsiran ini mungkin dilihat lebih seimbang dan tersusun. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, glokal membenarkan sesuatu unsur daripada dunia luar itu digunapakai bagi meningkatkan daya kualiti pada unsur yang ada pada negara sendiri. Oleh itu, akan terbentuklah nilai tambah yang sempurna pada lokal itu.


ELEMEN KEDUA ialah usaha menjadikan unsur-unsur lokal menjadi global. Oleh itu misalan paling mudah kini bagi menggambarkan elemen ini ialah unsur lokal bolehlah dianggap sebagai produk tempatan dapat dijadi unsur-unsur bagi global ataupun dapat menembusi pasaran dunia luar dan diterima masyarakat secara globalnya. Ini mungkin lebih sesuai kini disebut proses pengantarabangsaan.


Maka apabila wujudnya unsur lokal dan global tersebut, maka akan berlakulah keseimbangan atau keseiringan dalam mencapai proses glokalosasi itu. Ini bermakna, kedua-dua unsur iaitu lokal dan global mempunyai keseimbangan yang sama tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Dengan kata lain, ELEMEN KETIGA ialah proses mendapatkan keseimbangan dan keseiringan antara lokal dan global itu. Apabila ketiga-tiga elemen ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna tanpa meningkalkan salah satu daripadanya maka proses glokalisasi akan sempurna, lengkap dan seimbang.


Jelas, apa yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan ‘Melayu Glokal’ ialah menjadikan masyarakat yang bersikap global tetapi bertunjangkan budaya Melayu dan Islam dalam menghadapai cabaran globalisiasi dan liberalisasi. Bermaksud, kita menerima unsur global tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan unsur lokal yang telah lama wujud pada diri kita. Ini kerana kegagalan untuk kita mendapatkan ilmu hasil suasana global boleh membawa kita kepada zaman kegelapan dan kejumudan. Misalan ini adalah jelas seperti elemen pertama yang dijelaskan sebelum ini.


Selain itu, di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Kita hendaklah cuba untuk membawa bangsa dan negara ini seiring dengan bangsa dan negara dunia luar. Kita tidak boleh hanya bergantung pada unsur lokal sahaja sedangkan masyarakat dunia lain semakin maju mengejar kejayaan. Globalisasi memaksa kita untuk bersaing dengan negara lain dan membolehkan perhubungan tanpa sempadan.


Maka jika berjaya membawa produk kita ke arena antarabangsa, sudah tentu ia akan membawa kepada banyak manfaat bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga sekali gus dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Maka misalan ini jelas menggambarkan elemen kedua daripada proses glokalisasi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, adalah sesuatu yang amat mengecewakan jika unsur lokal dan global ini tidak diseimbangkan. Bukan sahaja proses glokalisasi akan tidak berjaya tetapi berkemungkinan ia boleh membawa kepada permasalahan serta kesan yang lebih memudaratkan kepada masyarakat. Maka kerana itulah pentingnya elemen ketiga iaitu keseimbangan global dan lokal.


Jika kita terlebih ‘lokal’ sudah tentu negara akan mundur dan tidak ke hadapan. Manakala jika terlalu mementingkan global, sudah tentu unsur lokal akan terhakis daripada jiwa bangsa kita. Mungkin ada benarnya kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa “Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke serata dunia”. Ini menunjukkan betapa keseimbangan antara lokal dan global itu penting bagi menjana proses glokalisasi yang berkesan.


Fuh, memang sejak dulu lagi Sqwad mempunyai azam untuk mengutarakan apa yang bergerak didalam kotak fikiran. Para professional perlu mempunyai nilai yang seimbang bagi sifat global dan lokal. Ini kerana, apabila seimbang barulah keaslian sesuatu kualiti dapat disadurkan dengan pengetahuan.